Hampir 80 peratus pengemis dan peminta sedekah yang ditahan pihak berkuasa di Kelantan, terdiri daripada penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan JKM Negeri, Mohamad Md Nor berkata, antara alasan yang digunakan mereka ialah wang yang diterima tidak mencukupi atau mempunyai masalah kesihatan untuk bekerja sendiri.